Pada 01 Jun 2016 (Rabu), Ibu Pejabat Penjara Negeri Johor bersama Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Segamat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim Daerah Segamat telah mengadakan Program Intervensi ODP Belia Sakinah Bersama Komuniti bertempat di Felda Chemplak Barat. Program dimulakan selepas solat Isyak dengan Program Motivasi dan Penginsafan Diri. Pada 2 Jun 2016 (Khamis) di sebelah pagi telah diadakan Program Gotong-Royong mengecat Masjid. Program diserikan dengan kehadiran wakil Ahli Parlimen Labis (Tan Chong), Pengurus Felda, JKKK Felda dan masyarakat setempat. Majlis Perasmian telah dilakukan oleh Pengarah Penjara Negeri Johor, KP Hj. Abdul Wahab Bin Hj. Kassim. Pada sebelah petangnya pula di bertempat di Dewan Felda turut diadakan ceramah berkaitan Sistem Parol serta pameran daripada Jabatan Kerajaan dan Agensi lain. Majlis penutupan program diadakan pada sebelah malam di Masjid Felda Chemplak Barat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Johor YB Azhar Bin Ibrahim.